Fenomena emas palsu
Jenama Public Gold sangat dikenali di Malaysia disebabkan permintaannya yang tinggi dan reputasi yang baik. Disebabkan ini, baru-baru ini muncul muncul gold bar palsu yang merupakan jenama Bunga Mas saiz besar (~100gram).
Penipuan biasanya melibatkan:
-
Kad mirip design asal (Namun terdapat perbezaan ketara jika kita biasa membeli emas asli public gold)
-
Corak bar hampir sama (Namun emas palsu tidak kemas dari segi corak cetakan)
-
Berat betul tetapi logam campuran (bukan emas asli! Mungkin luar sahaj dibaluti warna emas)
-
Nombor siri/QR tiruan
Kes paling biasa: tiruan Bunga Mas 100g kerana nilai tinggi. Emas-emas kecil kurang berbaloi dipalsukan kerana harganya lebih rendah. Maka, berhati-hati jika membeli emas yang berat.
Tanda emas jenama Public Gold dipalsukan:
Antara perbezaan yang sering ditemui:
1. QR code
-
Tulen: boleh scan dan terus dibawa ke link sistem Public Gold.
-
Palsu: tidak boleh scan / link pelik.
2. Serial number
-
Tulen: unik & boleh disemak. Setiap emas asli yang dicetak akan memiliki nombor siri tersendiri yang tidak boleh diduplikasi.
-
Palsu: nombor rawak / font tak kemas. Tidak ada rekod.
3. Corak ukiran
-
Tulen: sangat sharp & detail
-
Palsu: nampak kasar atau terlalu licin
4. Warna emas
-
Tulen: kuning lembut
-
Palsu: terlalu berkilat/kemerahan
5. Harga terlalu murah
Ini red flag utama. Emas kekal tinggi pada harga semasa. Jika terlalu murah ada yang tidak kena.
Tips beli emas supaya selamat
1. Beli dari dealer rasmi
– Dealer Public Gold berdaftar. Minta mereka bantu untuk kita beli emas dengan public gold (Secara outright purchase atau belian dari akaun gap)
– Branch Public Gold (Boleh walk in dan bertanya lebih detail).
2. Elak beli di:
-
FB Marketplace (Sarang scammer membuat kerja)
Telegram (Juga banyak penipuan dibuat menerusi channel-channel tertentu)
-
Cash tanpa resit (Belian cash perlu disertakan resit rasmi yang sah)
3. Scan & verify
Semak:
-
QR code
-
Serial number
-
Resit rasmi
4. Simpan resit
Penting untuk jual balik.
5. Jika ragu
Pergi branch Public Gold untuk test.
Kesimpulan
Emas fizikal selamat jika beli dari sumber sah.
Kebanyakan kes tertipu berlaku kerana:
“Harga murah + beli dari individu tidak dikenali”.


