Hari ini, mata wang kita jatuh hingga cecah RM4.50 untuk 1 USD. Ni kira kejatuhan paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1998 dahulu! Bahkan, ia bukan satu benda yang mengejutkan kalau sampai ke hujung tahun nanti, ringgit Malaysia jatuh hingga RM5 atau lebih lagi.
Hari ini OPR pun dah makin naik, berkali-kali untuk melawan inflasi disamping mengakibatkan purchasing power kita pun semakin berkurangan.
Sebenarnya, apa yang berlaku hari ini dikira sebagai gambaran kepada economic struggle di kalangan kalangan masyarakat sekarang.
Yang terkesan nanti bukan orang lain, kita jugaklah. Terutamanya yang banyak membuat loan bank! Dengan nak hadap installment loan kereta, kad kredit makin banyak, dengan harga barang pun confirm meroket lagi lepas-lepas ni. Semua ni diluar kawalan kita.
Benar, kita tak boleh kawal harga ringgit jatuh, kita tak boleh kawal OPR naik, dan untuk kita main tuding jari memang boleh buat puas hati, tapi hasilnya sama. Kita tak dapat apa.
Namun begitu, cuba fokus kepada perkara yang kita boleh kawal. kalau orang lain masih sibuk berjoli sana sini dengan income mereka, cuba kita guna income kita untuk tambah emergency fund kita. Kalau gaji masih cukup makan, kita ikhtiar untuk tingkatkan pendapatan. Jangan malas dan carilah apa sahaja peluang yang ada.
Sekarang ni saya lihat sana sini orang sibuk mempromosikan iphone 14 pro max etc yang bakal keluar dalam masa terdekat. Tanya balik diri kita, adakah iphone 14 tu keperluan atau hanya sekadar kemahuan untuk memuaskan hati serakah dan menunjuk-nunjuk?
Kelak yang merana nak membayar kita juga. Jadi, fokus untuk bersiap sedia atas sebarang kejatuhan ekonomi yang akan berlaku bila-bila masa. Sekian.
kredit info Faizul Ridzuan
No comments:
Post a Comment