Kalau ada duit dalam bank kita rasa berduit. Kalau duit tu habis kita pun kehabisan duit.
Tapi, pernahkah anda rasa dua situasi ini?
Pertama: Anda tidak ada duit tetapi anda sentiasa rasa ada duit! Iaitu bilamana anda memiliki kad kredit atau lebih dikenali sebagai kad hutang. Ini adalah sangat bahaya jika anda berbelanja secara hutang melebihi kemampuan anda membayar semula. Anda akan kekal susah kerana interest yang tinghi dikenakan keatas setiap belian secara kad kredit.
Kedua: Anda ada duit tetapi anda sentiasa rasa anda tiada duit. Iaitu apabila anda menukar duit anda kepada emas dan perak. Emas dan perak tida boleh dibelanjakan jika tidak ditukar ke bentuk wang fiat. Justeru, ia selamat dari nafsu keborosan anda. Jangka panjang? Emas dan perak akan semakin mahal dan anda akan bertambah kaya tanpa anda sedari.
Pilihan di tangan anda. Senang berbelanja secara hutang kad kredit atau senang menyimpan emas dan perak?
No comments:
Post a Comment