| HOME | | PRODUK | | GAP | | INFO| | CONTACT |

*****

>> DAFTAR AKAUN ANDA DISINI !!! <<

>> DAFTAR JUNIOR AKAUN DISINI (Bawah 18 Tahun)!!! <<

>> INFO LENGKAP EMAS PUBLIC GOLD <<

>> DAFTAR AKAUN PGMALL DISINI !!! <<

*****

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Thursday, September 8, 2022

RINGGIT DIREKODKAN PALING LEMAH SEJAK 1998

Hari ini, mata wang kita jatuh hingga cecah RM4.50 untuk 1 USD. Ni kira kejatuhan paling teruk sejak krisis kewangan Asia 1998 dahulu! Bahkan, ia bukan satu benda yang mengejutkan kalau sampai ke hujung tahun nanti, ringgit Malaysia jatuh hingga RM5 atau lebih lagi.

Hari ini OPR pun dah makin naik, berkali-kali untuk melawan inflasi disamping mengakibatkan purchasing power kita pun semakin berkurangan.

Sebenarnya, apa yang berlaku hari ini dikira sebagai gambaran kepada economic struggle di kalangan kalangan masyarakat sekarang.

Yang terkesan nanti bukan orang lain, kita jugaklah. Terutamanya yang banyak membuat loan bank! Dengan nak hadap installment loan kereta, kad kredit makin banyak, dengan harga barang pun confirm meroket lagi lepas-lepas ni. Semua ni diluar kawalan kita.

Benar, kita tak boleh kawal harga ringgit jatuh, kita tak boleh kawal OPR naik, dan untuk kita main tuding jari memang boleh buat puas hati, tapi hasilnya sama. Kita tak dapat apa.

Namun begitu, cuba fokus kepada perkara yang kita boleh kawal. kalau orang lain masih sibuk berjoli sana sini dengan income mereka, cuba kita guna income kita untuk tambah emergency fund kita. Kalau gaji masih cukup makan, kita ikhtiar untuk tingkatkan pendapatan. Jangan malas dan carilah apa sahaja peluang yang ada.

Sekarang ni saya lihat sana sini orang sibuk mempromosikan iphone 14 pro max etc yang bakal keluar dalam masa terdekat. Tanya balik diri kita, adakah iphone 14 tu keperluan atau hanya sekadar kemahuan untuk memuaskan hati serakah dan menunjuk-nunjuk? 

Kelak yang merana nak membayar kita juga. Jadi, fokus untuk bersiap sedia atas sebarang kejatuhan ekonomi yang akan berlaku bila-bila masa. Sekian.

kredit info Faizul Ridzuan


Sunday, August 28, 2022

Pencapaian Peribadi Bersama Public Gold

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Dengan rasa tanggungjawab untuk membimbing ahli-ahli lama dan ahli baru yang bakal mendaftar di bawah jagaan saya, sebagai Dealer rasmi Public Gold, saya serius dalam mempelajari sistem Public Gold. Saya juga menambah ilmu tentang emas dan kewangan secara umumnya untuk memberi perkhidmatan terbaik buat mereka yang ingin bermula untuk menyimpan emas dan memperbaiki status kewangan masing-masing.

Untuk membuktikan saya seorang Dealer yang aktif dan serius dalam membimbing anda, saya membuktikan pencapaian sebagai Top Producer Public Gold banyak kali sejak penyertaan saya. Berikut merupakan antara Poster Kejayaan saya sebagai Malaysia Top Producer dalam Public Gold yang ada dalam simpanan saya (Ada poster yang saya lupa simpan).

















Wednesday, August 24, 2022

Hyper Inflasi, Berita Buruk buat Rakyat Malaysia


Jika dinilaikan USD kepada MYR, nilai ringgit ditukar sebanyak RM4.48 berbanding 1 US Dolar pada masa artikel ini ditulis (25 Ogos 2022). Nilai ringgit dalam satu masa yang panjang ini hanya berkisar dalam nilai ini (USD 4.4+-). Ini menunjukkan Ringgit adalah agak lemah berbanding USD.

Jika dahulu, Ringgit hanya berkisar kepada RM3++ sahaja berbanding USD dan kini ia kekal lemah. Saya terbaca artikel pagi ini yang meramalkan nilai Ringgit akan jatuh sehingga RM5 ke RM5.70 berbanding USD. Ini adalah berita amat buruk untuk Malaysia jika ia benar-benar berlaku.

Justeru, apa impak kejatuhan Ringgit berbanding USD?

Sudah tentu harga barangan akan melambung tinggi terutamanya barang-barang yang melibatkan import daripada luar negara. Kita terpaksa bayar lebih untuk barang import yang biasanya didagangkan menggunakan USD.

Hal ini mungkin akan terjadi. Sebagai individu, apa yang boleh kita lakukan?

Bagi saya, usahakan tukar sebahagian ringgit yang anda miliki kepada emas seberapa segera. Namun, perlu diingat emas hanya perlu dibeli menggunakan wang lebihan yang tidak digunakan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, amalkan sikap berjimat cermat dan elakkan membazir. Beli barangan ikut keperluan sahaja kerana kita semakin menuju kearah kemerosotan ekonomi. Sediakan payung sebelum hujan.

Monday, August 22, 2022

Cara terbaik untuk menyimpan wang


1) Belajar simpan wang siling dulu!

2) Boleh asingkan jenis-jenis duit contoh Note RM5 sahaja atau RM20 sahaja.

3) Dapat Gaji simpan dahulu 10% duit gaji sebelum berbelanja.

4) Dapat claim cukai pendapatan, simpan! jangan joli.

5) Jangan buat OT semata-mata ingin berjoli tetapi niatkan ingin membuat lebih banyak simpanan.

6) Jika dapat bonus, daftar haji atau simpan dalam tabung haji, ASB dan lain-lainnya.

7) Jika gaji naik, jangan fikir tambah hutang / komitment tetapi kekalkan gaya hidup sedia ada.

8) Rancang agar DUIT BERKERJA UNTUK KITA, bukan kita berkerja untuk duit! Ni mindset orang kaya-kaya.

Sunday, July 3, 2022

Kredit Card vs Emas

Kalau ada duit dalam bank kita rasa berduit. Kalau duit tu habis kita pun kehabisan duit.

Tapi, pernahkah anda rasa dua situasi ini?

Pertama: Anda tidak ada duit tetapi anda sentiasa rasa ada duit! Iaitu bilamana anda memiliki kad kredit atau lebih dikenali sebagai kad hutang. Ini adalah sangat bahaya jika anda berbelanja secara hutang melebihi kemampuan anda membayar semula. Anda akan kekal susah kerana interest yang tinghi dikenakan keatas setiap belian secara kad kredit.


Kedua: Anda ada duit tetapi anda sentiasa rasa anda tiada duit. Iaitu apabila anda menukar duit anda kepada emas dan perak. Emas dan perak tida boleh dibelanjakan jika tidak ditukar ke bentuk wang fiat. Justeru, ia selamat dari nafsu keborosan anda. Jangka panjang? Emas dan perak akan semakin mahal dan anda akan bertambah kaya tanpa anda sedari.


Pilihan di tangan anda. Senang berbelanja secara hutang kad kredit atau senang menyimpan emas dan perak?

Tuesday, May 10, 2022

Cara Paling Mudah Mendaftar Akaun Emas GAP Public Gold dengan Bimbingan Dealer Doktor Emas



BAGAIMANA MENDAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD? 

Untuk daftar akaun, ikut langkah di bawah: 

(a) Isi online form menerusi link diberikan >> KLIK LINK << 

Maklumat perlu diisi ialah: (1) Name (As Per IC) (line 1): (Isikan nama anda sepenuhnya seperti di dalam IC) 
Name (As Per IC) (line 2): (Biarkan sahaja kosong) 

(2) ID Type: (Pilih New IC. Jika bukan warganegara Malaysia pilih Passport) 

(3) Enter ID (max 20 characters): Isikan No IC anda atau no passport untuk bukan warganegara 

(4) Email: masukkan email anda... pastikan alamat email tepat untuk urusan-urusan seterusnya. 

(5) Mobile No (e.g +60121112222): Masukkan nombor HP anda dengan tepat untuk urusan TAC number dan lain-lain. Sebaiknya anda hubungi saya selepas mendaftar dengan wasap: +6011-63069316 atau klik sahaja LINK ini >> WASAP <<

PROFIL DEALER

Nama: Dr. Osman bin Ayop (Dr Osh) Business Name: Doktor Emas Trusted Gold Advisor Kerjaya: Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA DAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD ?

(2) SIMPAN EMAS KENA BAYAR ZAKAT. RUGI TAK ?

AWARD & RECOGNITION

AWARD RECOGNITION: