| HOME | | PRODUK | | GAP | | INFO| | CONTACT |

*****

>> DAFTAR AKAUN ANDA DISINI !!! <<

>> DAFTAR JUNIOR AKAUN DISINI (Bawah 18 Tahun)!!! <<

>> INFO LENGKAP EMAS PUBLIC GOLD <<

>> DAFTAR AKAUN PGMALL DISINI !!! <<

*****

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Thursday, May 20, 2021

Prestasi Emas 2020 berbanding item pelaburan lain

Bagi anda yang ada lebihan wang, pastinya anda teringin untuk melaburkan wang anda ke item lelaburan yang menguntungkan. Sekarang ini, pelbagai item pelaburan ada ditawarkan namun begitu, yang manakah anda boleh sertai?
Pastinya anda ingin mengetahui akan prestasi setiap item pelaburan tersebut sebelum anda memulakan pelaburan. Anda nak tahu tak keuntungan setiap pelaburan bagi tahun 2020?

Berikut ialah laporan daripada pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali. Beliau juga merupakan Aktif Dealer Public Gold Sdn Bhd.

Item pelaburan dan prestasi 2020:
Bursa Malaysia.                               : 4.22%
ASB                                                 :4.25%
Dow Jones Industrial Index             : 7.25%
Dow Jones (Dividen Reinvest).       : 9.72%
Emas                                                :24.2%
Tabung Haji.                                    : (belum diumumkan)

Emas mungkin bukan pelaburan terbaik. Namun untuk setakat hari ini, prestasi emas masih lagi menggungguli carta dengan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 24.2%. 

Mungkin anda boleh memilih untuk menjadikan emas sebagai pilihan untuk mengembangkan wang simpanan. Selain emas, anda boleh mempelbagaikan item pelaburan anda.

Harga terbaik emas ialah harga pada 10 atau 20 tahun yang lalu. Harga tertinggi emas yang pernah dicatatkan ialah RM304/g iaitu pada tahun lepas, 2020. Manakala RM272/g harga pada hari ini(21 Mei 2021) 

Harga masih rendah dan cantik. Tiada istilah terlambat untuk bermula. Semoga 2021 ini menjanjikan 1001 kebahagiaan kita semua. Jadilah penyimpan emas yang konsisten untuk manfaat jangka panjang.

Emas kekal sepanjang zaman. Ciptaan terindah dari yang Maha Agung. Ada kisah emas dan mengapa ia dimuliakan oleh Allah (Nanti kita cerita lain)

Sekian sahaja.
 
Sumber rujukan:
Tuan Naim Azhar

Kisah Syiling "Emas" RM1


KISAH SYILING EMAS RM1

Bagi mereka yang hidup sekitar zaman 90 an pasti kenal syiling emas RM1 ni. Ada gambar bunga raya dan juga lambang keris di belakangnya. Syiling ni adalah satu item yang bagi saya cantik dan bernilai. Sebagai kanak-kanak yang hidup pada zaman 90 an, Syiling RM1 ni cukup untuk membeli jajan-jajan kegemaran.

Saya ketika zaman kanak-kanak ada melakukan pelbagai kerja sampingan untuk mendapatkan wang saku. Selain memancing dan menjual ikan, saya juga berkebun dan menolong keluarga di ladang kepala sawit. Pernah juga ambil upah menyapu sampah selepas tamat pasar tani hari minggu.

Bilamana dapat duit syiling RM1 ni hati berbunga-bunga. Yelah benda bernilai kan?

Namun, apa jadi pada syiling RM1 masa kini? Setelah kerajaan mengumunkan bahawa nilai syiling ini diletakkan pada nilai 0, maka, ia sudah hilang kuasa belinya dan tidak lagi berharga. Eh! Jadinya dia dah tidak boleh digunakan untuk membeli barang keperluan lagi? Dan ia jadi apa? Jadi tukun ke...

Itulah kisahnya dengan wang syiling emas RM1. Bukan itu je. Negara kita pernah memiliki wang kertas RM1000, RM500 juga. Besar nilainya pada zaman tersebut. Namun, ia sudah tidak lagi Wujud kini!

Itulah nasib wang fiat. Ia hanya bernilai jika dipaksakan nilai keatasnya. Jika kerajaan mengumumkan ia tidak lagi bernilai maka ia sudah dilucutkan kuasa belinya.

Bagaimana pula dengan emas? Emas merupakan fizikal yang hebat dari segi ciri-ciri dirinya sendiri. Dahulu, emas digunakan sebagai wang untuk jual beli dan berdagang. Apabila emas tidak lagi digunakan sebagai matawang, adakah nilai emas menjadi 0? Jawapannya ialah tidak!

Emas kekal bernilai tinggi kerana sifat logam tersebut yang unggul dan mempunyai faedah yang banyak. Emas sungguhpun dikenali sebagai logam untuk menghasilkan barang kemas mewah, ia juga boleh dileburkan untuk digunakan sebagai litar elektrik berkecekapan tinggi, terutamanya di dalam peranti-peranti elektronik.

Justeru, kita digalakkan menyimpan emas kerana emas adalah item bernilai. Jangka panjang nilainya tidak susut malahan bertambah jika dinilaikan dengan wang ringgit. Emas adalah item yang ampuh melawan inflasi.

Pendek kata, saya menyeru masyarakat untuk mengalihkan sedikit pendapatan ke emas. Sikit-sikit lama lama emas anda akan bertambah. Emas itulah yang akan membantu anda satu masa nanti. 🙂

Nurkilan Dr. OSMAN AYOP
LEADER TEAM DOKTOR EMAS
PUBLIC GOLD SDN BHD

Monday, May 17, 2021

Kuasa Beli Dinar

Ramai yang masih keliru dan tidak faham tentang Dinar. Sungguh berat dinar juga masih ramai tidak tahu, termasuk saya pada satu masa dahulu. Dinar merupakan matawang Islam yang mempunyai berat yang Standard dan tidak berubah sepanjang zaman. Berikut merupakan berat bagi dinar yang biasa digunakan:

1/4 Dinar = 1.0625g
1/2 Dinar = 2.125g
1 Dinar = 4.25g
5 Dinar = 21.25g
10 Dinar = 42.5 g

Namun begitu, apakah kuasa beli yang ada pada dinar pada waktu ini? Jom kita lihat gambar dibawah:


Secara asasnya, 1 Dinar mampu untuk membeli seekor kambing sejak zaman Rasullah lagi. Kita dapat lihat betapa "POWERFULL" kuasa membeli dinar merentasi zaman. Adakah anda yakin RM100 anda pada masa kini mampu membeli barang yang bernila sama pada masa akan datang? Cukupla saya buat perbandingan dengan "Karipap yang Hilang" Mungkin ada yang tahu kisah karipap RM1 yang saya pernah cerita dimana bilangannya RM1=10 biji berkurang sehingga kini jadi RM1=2 biji. Mengapa? Kerana inflasi. Kuasa beli wang kertas akan berkurang. Jadi, berbaloikan anda simpan wang kertas? Fikir-fikirkanlah.

Berbalik kepada Dinar, kita mampu membeli seekor lembu dengan 5 Dinar. Secara faktanya, harga seekor lembu pun tidak sampai 5 Dinar. Jika pada masa akan datang harga lembu melambung tinggi, adakah 5 Dinar kita mampu membeli seekor lembu? InsyaAllah boleh. Kerana harga emas akan turut naik seiring peningkatan Inflasi.

Dengan 10 Dinar, lebih kurang RM 11,000 waktu ini sudah lebih dari cukup untuk kita menunaikan umrah. Justeru, didiklah diri kita untuk menyimpan emas, terutamanya dalam bentuk Dinar kerana Dinar merupakan matawang yang digunakan pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) dan kita ingin mengambil Berkah dari itu. InsyaAllah.

Selamat menjadi pengurus kewangan yang baik, dan sebaik-baik wang adalah dalam bentuk dinar dan dirham.


Sunday, February 14, 2021

Persamaan dan Perbezaan antara Dinar dan Gold Bar



Masih ada yang xdapat bezakan antara dinar dan gold bar.

dari segi ketulenan sama je.. dari segi berat berbeza.

Standard size:

Dinar:

1/2 Dinar = 2.125g
1 Dinar = 4.25g
5 Dinar = 21.25g
10 Dinar = 42.5g

Gold Bar:

0.5g
1g
5g
10g
20g
50g
250g
1000g



Monday, February 8, 2021

Senarai Pemenang Cabutan Bertuah Team Doktor Emas Bulan Disember 2020

Kepada penyimpan-penyimpan emas yang ada membuat simpanan sepanjang bulan Disember 2020 layak untuk mendapat cabutan bertuah yang dibuat setiap bulan.

Terdapat 2 Kategori Penyimpan iaitu penyimpan yang membuat simpanan RM500 dan kebawah dan juga mereka yang membuat simpanan atas RM500.

Jika seseorang membuat simpanan minima RM600 maka mereka layak menyertai kedua-dua Kategori.

Baiklah berikut merupakan senarai pemenang:

KATEGORI RM500 dan KEBAWAH:


KATEGORI ATAS RM500.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

<PEMENANG AKAN DIUPDATE AKAN DATANG>


Thursday, January 21, 2021

Mengapa simpan emas? Emas merupakan Insuran Kewangan anda.

Ramai yang mula sedar akan pentingnya simpanan dan pelaburan. Pelbagai item pelaburan berada di pasaran seperti Saham, Unit Amanah, Tabung Haji, Bitcoin, dan sebagainya. Semua item tersebut mempunyai corak bekerja tersendiri.

Pelaburan yang terlebih baik yang diketahui umum adalah rumah dan hartanah. Namun begitu, ia memerlukan modal yang besar untuk memilikinya. Rumah dan Hartanah saban tahun meningkat harganya. Justeru, mereka yang berkemampuan cuba untuk memiliki aset tersebut untuk membina kekayaan jangka panjang.

Namun begitu, buat yang tidak memiliki budget besar, apakah item pelaburan atau simpanan jangka panjang terbaik? Saya mencadangkan emas.

Emas memiliki kebolehan menyimpan nilai. Dengan inflasi saban tahun meragut nilai dolar dan ringgit, emas mengukuhkan nilainya. Emas adalah aset mudah cair dan sangat bernilai. Memiliki emas ibarat seseorang memiliki medical card atau insuran nyawa untuk persediaan dikala tidak terduga. Emas juga adalah ibarat "insuran" untuk kewangan anda. Jika berlaku hyperinflasi yang menelan nilai ringgit, emaslah penyelamat anda.

Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk bermula. Apakah item emas terbaik dan juga bagaimana jika ingin membuka akaun simpanan emas patuh Syariah?

Jangan risau, saya boleh membantu anda walau dimana anda berada. Saya akan beri panduan dari masa ke semasa buat anda. Hubungi saya di 01163069316 (Whatsapp disyorkan)



Friday, January 15, 2021

Emas sebagai aset mampu milik

 


Kalau bercakap tentang aset, kita terfikir rumah dan hartanah. Namun begitu, untuk memiliki rumah dan hartanah memerlukan modal yang besar. Untuk sebilangan rakyat biasa yang tidak berkemampuan, kita mungkin sukar memiliki hartanah. 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian;

Emas merupakan aset kecil yang mampu dimiliki serendah 1 gram. Namun, melalui platform Public Gold Sdn Bhd, emas boleh dibeli serendah RM100! Jika harga hari ni RM263/g, maka RM100 bersamaan 0.3802gram. Jika kita mengumpul gram sedikit demi sedikit, emas kita akan menjadi banyak dan boleh dikeluarkan sebagai emas fizikal daripada akaun emas anda.

Akaun emas public gold disandarkan emas fizikal yang boleh dikeluarkan. Ia mendapat sijil patuh Syariah dan memudahkan penyimpan emas. Justeru, boleh buka akaun emas dan mula menyimpan emas. 

Jika inginkan bimbingan, saya sedia membantu. Hubungi saya melalui whatsapp walaupun dimana anda berada. Nombor Whatsapp seperti dalam gambar. 01163069316- Dr. Osman Ayop

PROFIL DEALER

Nama: Dr. Osman bin Ayop (Dr Osh) Business Name: Doktor Emas Trusted Gold Advisor Kerjaya: Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA DAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD ?

(2) SIMPAN EMAS KENA BAYAR ZAKAT. RUGI TAK ?

AWARD & RECOGNITION

AWARD RECOGNITION: