Beberapa hari lepas, kita telah menyaksikan pilihan raya Amerika Syarikat untuk pemilihan presiden USA yang baru. Persaingan ketat berlangsung antara Presiden semasa iaitu Donald Trump dan juga lawannya, Joe Biden.
Pada peringkat awal, kita dapat melihat bahawa Donald Trump telah dahului pencabarnya, Joe Biden ketika kiraan undi masih dijalankan. Namun begitu, akhirnya Presiden Donald Trump tewas dengan majoriti yang tidaklah berapa besar. Namun, kekalahan Donald Trump tersebut telah membawa khabar gembira buat ramai orang di serata dunia.
Ketika pilihanraya sedang berlangsung, ia menyaksikan ketidaktentuan ekonomi, saham, perdagangan, dan lain-lain lagi sehinggakan banyak pihak yang menunggu kesan atas ketidaktentuan tersebut.
Saya juga sebagai salah seorang penyimpan, pelabur dan perniaga emas amat ternanti-nanti kesan pilihan raya tersebut. Harga emas dilihat menjunam jatuh ke paras yang agak rendah kemudian naik semula setelah keputusan pilihanraya diumumkan.
Saya berharap bahawa Presiden Amerika Syarikat yang baru adalah lebih baik daripada Presiden lama untuk membawa satu perubahan yang baik buat warga Amerika Syarikat dan juga kesan yang baik kepada seluruh dunia kerana Amerika Syarikat dan USD merupakan tumpuan utama perubahan ekonomi dunia.
Kepada anda semua, apa lagi, simpanlah emas untuk menjamin keutuhan ekonomi anda dan keluarga. Emas merupakan senjata ampuh melawan kejatuhan ekonomi dunia.
No comments:
Post a Comment