Ada orang cakap rugi beli emas tetapi mereka tidak tahu sebenarnya fungsi emas itu sangat besar dalam membina kekayaan. Salah satu fungsi emas ialah untuk menyimpan Nilai dan mengelakkan duit bocor. Cuba kita bandingkan jika kita menyimpan RM100 berapa lamakah wang tersebut boleh bertahan? Jika kita menyimpan 1gram emas, berapa lamakah emas tersebut mampu bertahan?
Mengikut pengalaman saya, saya tidak mampu untuk menyimpan RM100 lebih daripada sebulan. Namun saya mampu menyimpan satu gram emas lebih daripada tiga tahun. Hal ini kerana wang kertas RM100 mudah dibelanjakan manakala 1 gram emas leceh untuk dicairkan (kene gadai dan jual dahulu).
Selain itu, jika kita menyimpan wang tunai RM100 di tempat yang bukan medium pelaburan, dan wang tersebut tidak bertambah, lebih teruk lagi sebenarnya nilai wang tersebut telah merosot disebabkan inflasi. Akan tetapi jika kita menyimpan 1 gram emas, berat tersebut emas tersebut tidak bertambah, namun sebenarnya nilai emas tersebut telah bertambah jika dibandingkan dengan nilai ringgit Malaysia. Hal ini kerana nilai emas bertambah seiring dengan dengan kenaikkan inflasi.
Justeru, justeru kita perlu mula untuk menyimpan emas fizikal. Ini kerana menyimpan emas fizikal adalah sangat menguntungkan dalam masa sederhana dan dan jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment