Saya ada melihat satu pertanyaan daripada individu yang mempersoalkan harga emas lebih murah yang ditawarkan oleh bank-bank menerusi akaun emas mereka berbanding akaun Emas GAP yang ditawarkan oleh public gold.
Persoalannya, mengapa terdapat perbezaan harga yang agak besar antara kedua-dua akaun simpanan emas ini?
Jawapannya, akaun emas yang ditawarkan leh bank ialah "Paper Gold" manakala akaun emas GAP yang ditawarkan oleh Public Gold Sdn Bhd adalah bersandarkan emas fizikal. Maksudnya bank menawarkan akaun emas namun emas fizikal tidak wajud! Manakala untuk akaun GAP public gold, penyimpan boleh mengeluarkan emas fizikal untuk dipegang.
Justeru, perbandingan ini jelas menerangkan mengapa emas yang dibeli menerusi akaun emas bank itu murah berbanding emas yang ditawarkan menerusi akaun GAP public gold. Saya sama sekali tidak berminat dengan akaun emas bank kerana tiada emas maka tidak patuh Syariah.
Sebagai penyimpan emas, kita perlu menyimpan emas fizikal yang benar-benar wujud. Emas fizikal ini adalah harta sebenar bukan emas yang ditulis atas kertas.
Dengan penerangan ringkas ini, diharap anda dapat membezakan akaun emas bank dan akaun emas GAP public gold. Pilihan di tangan anda 😊
No comments:
Post a Comment