| HOME | | PRODUK | | GAP | | INFO| | CONTACT |

*****

>> DAFTAR AKAUN ANDA DISINI !!! <<

>> DAFTAR JUNIOR AKAUN DISINI (Bawah 18 Tahun)!!! <<

>> INFO LENGKAP EMAS PUBLIC GOLD <<

>> DAFTAR AKAUN PGMALL DISINI !!! <<

*****

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Thursday, August 20, 2020

Mengapa bank menawarkan harga emas lebih murah menerusi Akaun Emas mereka?

Saya ada melihat satu pertanyaan daripada individu yang mempersoalkan harga emas lebih murah yang ditawarkan oleh bank-bank menerusi akaun emas mereka berbanding akaun Emas GAP yang ditawarkan oleh public gold.

Persoalannya, mengapa terdapat perbezaan harga yang agak besar antara kedua-dua akaun simpanan emas ini?

Jawapannya, akaun emas yang ditawarkan leh bank ialah "Paper Gold" manakala akaun emas GAP yang ditawarkan oleh Public Gold Sdn Bhd adalah bersandarkan emas fizikal. Maksudnya bank menawarkan akaun emas namun emas fizikal tidak wajud! Manakala untuk akaun GAP public gold, penyimpan boleh mengeluarkan emas fizikal untuk dipegang. 

Justeru, perbandingan ini jelas menerangkan mengapa emas yang dibeli menerusi akaun emas bank itu murah berbanding emas yang ditawarkan menerusi akaun GAP public gold. Saya sama sekali tidak berminat dengan akaun emas bank kerana tiada emas maka tidak patuh Syariah.

Sebagai penyimpan emas, kita perlu menyimpan emas fizikal yang benar-benar wujud. Emas fizikal ini adalah harta sebenar bukan emas yang ditulis atas kertas.

Dengan penerangan ringkas ini, diharap anda dapat membezakan akaun emas bank dan akaun emas GAP public gold. Pilihan di tangan anda 😊

Wednesday, August 19, 2020

Pentingnya Konsisten Dalam Menyimpan Emas


Dalam kita menabung emas, perkara yang paling penting adalah konsisten. Mengapa kita perlu konsisten? Konsisten akan membolehkan kita mendapat harga pemurataan emas dengan lebih baik. 

Emas adalah bahan komoditi yang ada turun naik bergantung kepada isu dan ekonomi Dunia. Namun, sejarah membuktikan bahawa emas meningkat dalam jangka masa panjang. Justeru, penyimpan emas sejati tidak begitu kisah harga emas turun naik kerana target mereka ialah simpanan jangka panjang.

Ada dikalangan pembeli emas yang sangat gusar jika harga emas turun lebih rendah berbanding harga semasa membeli. Ini kerana mereka hanya memikirkan simpanan jangka pendek dengan mengharapkan keuntungan. Sebenarnya ini adalah kesilapan terbesar penyimpan emas.

Saya sebagai Dealer Emas Bertauliah dari Public Gold Sdn Bhd selalu mengingatkan para penyimpan agar membeli emas hanya jika ada wang lebihan yang tidak digunakan. Dan simpanlah emas untuk satu jangka masa lebih panjang. Insya Allah anda akan melihat hasilnya.

Emas yang telah dikumpul boleh digunakan untuk pelbagai perkara yang sangat menguntungkan seperti rumah, tanah dan lain lain.😊

Monday, August 17, 2020

Mengapa perlu Mendaftar akaun dan Online Shopping di pgmall?


Harini saya nak bercerita lagi mengapa anda perlu mendaftar sebagai shopper di pgmall.

Korang mesti biasa shopping online di lazada dan shopie kan? Memang best shopping online ni tak perlu bersesak ke shopping compleks. Klik klik nanti sampai je barang kat depan rumah.

Namun, ramai yang masih tak sedar yang Malaysia ada shopping online sendiri yang bagi saya sangat besar manfaatnya yang tidak ada dioffer di platform yang dua terpopular itu. Manfaat terbesar pgmall ialah anda boleh mendapat insentif pembelian sendiri dan pembelian referer anda!

Kalau anda ada akaun pgmall dan anda mempromosikan pgmall kepada sesiapa sahaja menggunakan link referrer anda, jika kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja yang mendaftar menggunakan link referrer anda maka anda layak mendapat insentif daripada pembelian mereka sebanyak 0.5% daripada jumlah pembelian mereka.

Bayangkan jika anda memperkenalkan pgmall kepada ramai kenalan anda maka setiap kali mereka shopping anda akan dapat insentif. Insentif ini akan masuk ke dalam c-wallet anda dan boleh digunakan untuk shopping pelbagai barangan yang ditawarkan di pgmall.

Jika anda belum bermula, marilah mendaftar pgmall menggunakan pautan dibawah:


selamat berbelanja dengan BIJAK!~

Sunday, August 16, 2020

Potensi Perak (Silver) dalam Pelaburan



Ramai yang tidak mengendahkan Silver. Tapi, Silver telah meningkat naik berkali ganda semasa PKP ni. Awal PKP harga silver lbh kurang RM197/100g tetapi harini memperlihatkan kenaikan sehingga RM470/100g. Kepada yang beli Silver banyak tu dah banyak meraih keuntungan jangka pendek. Namun, apa-apapun kena konsisten dalam penyimpanan emas dan perak untuk pelaburan jangka sederhana dan panjang yang menguntungkan.

Melalui akaun GAP public gold, selain membeli emas, anda juga boleh membeli Silver untuk dimasukkan ke dalam akaun Silver SAP ataupun membeli terus Silver Bar Fizikal melalui Belian Retail. Ikut kepada kemahuan anda. Mahu Pegang fizikal atau biarkan sahaja di dalam akaun.

Jika tanya saya, apa-apa pun kita lebih elok memegang logam fizikal kerana kita menyimpan NILAI itu di tangan kita. Jika apa-apa berlaku anda boleh cairkan aset tersebut. Namun, risiko adalah kehilangan. Justeru, anda perlu mempunyai planning yang baik.

Beli emas ni Rugi ke? Ulasan dan Fungsi Emas yang perlu anda tahu

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera;

Harini saya nak ulas sedikit tentang simpanan emas. Since kenaikan harga mendadak baru-baru ini sehingga pernah mencapai RM304/g dan tiba-tiba juga turun mendadak sehingga RM280/g hari ini.


Ada yang mula berkata: Ah, simpan emas ini rugi sebab kalau jatuh harga kita rugi..

Kalau ada yang cakap macam ni memang beliau tidak faham fungsi sebenar emas yang sangat banyak. Nak cerita panjang jadi saya cerita sikit je.

1- Emas ini adalah insuran kepada harta anda:
- Kalau kita ada medical card atau insuran nyawa yang berfungsi untuk membantu jika kita ditimpa musibah, emas juga begitu. Kita mencarum insuran dan ambil medical card bukan sebab kita minta diri kita sakit.

Ada orang cakap: Ah.. tak guna aku mencarum medical card sb aku xsakit.. tapi, once anda dah sakit dan anda xde medical card, bayangkan berapa kos perubatan anda kne bayar? Kes ini pernah berlaku kepada kenalan saya yang terpaksa merayu bantuan awam untuk membiayai kos perubatan anak lelaki beliau yang mencecah lebih 100 ribu ringgit! Bayangkan kalau beliau mencarum insuran kan ke kos lebih kecil?

Sekali lagi.. adakah kita membayar insuran dan medical card untuk menjemput sakit? jawapannya tidak tapi sebagai persediaan untuk berlaku kemungkinan sakit. Jika kita tidak sakit, syukurlah. Kerana sumbangan kita itu akan digunakan juga oleh orang lain yang mungkin sakit. Insuran ni ibarat tolong menolong antara pencarum. Baik bukan?

Untuk emas, salah satu fungsi emas ialah menyimpan nilai. Kita melihat pergerakan emas turun naik kerana ekonomi dan politik semasa. Namun, hakikatnya yang naik turun itu kerana perubahan matawang.. emas sama sahaja. Emas memiliki kekuatan membeli yang hampir sama sejak ribuan tahun lamanya tetapi matawang? Cukupla saya boleh beli karipap dulu 10 biji RM1 zaman sekolah rendah.. sekarang dapat 2 biji je RM1.. kerana apa? kerana matawang jatuh nilai kerana inflasi. Kita terpaksa membayar lebih untuk membeli karipap yang sama.

Satu lagi fungsi emas selain menyimpan nilai ialah ia juga adalah insuran jika berlaku hyper inflasi. Jika berlaku hyperinflasi, matawang akan tidak lagi bernilai.. maka, masa itu emas dan perak sahaja boleh digunakan untuk menyimpan nilai. Bayangkan kalau anda tiada emas dan perak.. ada 1 juta dalam bank pun nilai wang tu mungkin hampir tiada.. kerana Matawang adalah tiada nilai melainkan dipaksakan nilai keatasnya. Kertas kita guna sebagai matawang itu asalnya hanya kertas biasa. Namun, ia diperakukan dengan nilai atas jaminan kerajaan Malaysia.

Wujud ke Hyperinflasi ni? Of course wujud. Kalau anda nak bukti pergi lah baca kesan hyperinflasi terhadap Venezuela, Zimbabwe... dan even Malaya ketika zaman jepun.. Pernah dengar wang Pokok Pisang Jepun? Bila banyak sangat dicetak ia dh xde nilai.....

Namun, adakah kita simpan emas sebab mengharapkan hyperinflasi berlaku? jawapannya tidak. Jika tidak berlaku lagi baik. Jika berlaku kita sudah sediakan payung sebelum hujan.

Emas juga adalah simpanan jangka sederhana dan panjang. Kerana apa? Kerana emas memiliki nilai selar / susutan dimana ada beza harga jual dan beli semula. Mengapa ia wujud? Kerana untuk protect business emas. Premis, pekerja semua perlukan gaji.. Pengurup wang berlesen juga tidak akan membeli dan menjual semula duit mereka ada dengan harga sama.. Kepada sesiapa yang biasa menukar duit asing tu pasti faham maksud saya.

Sejarah emas sepanjang 20 tahun memperlihatkan kenaikan dan penurunan harga jangka pendek. Namun, secara purata, emas meningkat purata sekitar 38% sepanjang 20 tahun ini. Tinggi tak tinggi lah. Kalau lihat antara tahun 2019 ke 2020 menunjukkan peningkatan paling dasat iaitu sekitar 58%! Namun emas pernah jatuh antara tahun 2011 ke 2014. Ada yang kecewa masa beli tahun 2011. Namun, ini disebabkan anda hanya melihat harga emas sebagai pengukur keuntungan anda membeli emas.

2- Emas boleh membantu memiliki aset lebih besar bebas hutang!

Antara aset yang bermanfaat yang ada nilai adalah rumah dan hartanah. Namun, untuk mendapatkan dua aset ini kebiasaannya rakyat kebanyakkan seperti kita tidak mampu. Jika boleh pun kita terpaksa membuat Loan Bank yang besar.

Tahu kah anda, bank hanya ada satu produk utama je iaitu HUTANG? cth anda beli rumah RM200k. Bank bantu anda bayar rumah cash kepada pemaju,.. Namun, anda terpakse berhutang dengan bank dan perlu membayar semula dengan bayaran sebanyak 400k! jadi anda untung ke rugi?

Jika anda ada emas, anda boleh kumpul emas sedikit demi sedikit sehinggalah pada satu tahap anda nak tukar emas anda kepada aset lain seperti hartanah dan rumah. Jika xmampu bayar cash pun at least kita boleh keluarkan downpayment yang besar. Jadi, kuranglah kebergantungan kita kepada hutang bank yang sangat membebankan minda kita.

Sekian sahaja sedikit perkongsian untuk ptg ni. banyak lagi kalau kita boleh cerita tentang faedah emas ni.

Pokoknya, jangan beli emas sebab harga namun belilah emas jika anda ada wang lebihan yang tidak digunakan untuk satu jangka masa panjang. Jika anda konsisten menyimpan, anda akan dapat harga purata yang akhirnya lebih rendah dari harga terakhir emas sebelum anda let it go.

>> Penasihat emas anda: DR. OSMAN AYOP. <ADMIN: TEAM DOKTOREMAS Public Gold Sdn Bhd>

PROFIL DEALER

Nama: Dr. Osman bin Ayop (Dr Osh) Business Name: Doktor Emas Trusted Gold Advisor Kerjaya: Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIVE HARGA EMAS SEMASA:


Gold price by GoldBroker.com

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG EMAS. KLIK MANA-MANA SOALAN UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

(1) BAGAIMANA DAFTAR AKAUN EMAS PUBLIC GOLD ?

(2) SIMPAN EMAS KENA BAYAR ZAKAT. RUGI TAK ?

AWARD & RECOGNITION

AWARD RECOGNITION: