Soalan: Bila masa paling sesuai beli emas?
Pilihan jawapan:
.
(a) Masa emas murah
(b) Bila ada duit
(c) Bila ada duit lebih
Jawapan saya ialah (c). Jom Saya ulas satu-satu:
(a) Beli masa emas murah.
.
Betul kalau emas murah kita perlu beli. Masalahnya bilakah emas murah? Bagaimana yang dikatakan murah? Emas dilihat murah jika kita ada harga rujukan kita sendiri. Harga rujukan setiap orang berbeza. Contoh, emas pertama anda berharga RM180/g. Maka jika harga naik ke RM 200/g anda akan rasa emas mahal! Ini berbeza jika emas pertama anda beli berharga RM 220/g maka jika emas turun ke harga RM200/g anda rasa murah. Justeru, membeli emas kerana harga murah tidak begitu praktikal. Kerana jika anda nampak harga naik anda akan tidak membeli.. sedangkan jangka panjang emas akan tetap naik.
.
(b) Bila ada duit.
.
Ya, bila kita ada duit, kita boleh beli emas. Namun, jika kita ada duit tetapi kita memerlukan wang tersebut untuk membeli barang keperluan harian dalam masa terdekat, maka adalah tidak digalakkan beli emas. Kerana anda tidak ada duit untuk digunakan kepada perkara lebih penting. Jika anda jual semula emas anda dalam masa terdekat, anda akan rugi kerana spread value emas.
.
(c) Bila ada duit lebih.
.
Ini adalah masa terbaik membeli emas. Iaitu jika ada duit lebih. Duit lebih disini ialah duit yang anda tidak akan gunakan dalam masa terdekat. Bermaksud duit ini ada atau tidak, anda masih boleh teruskan kehidupan seperti biasa. Namun begitu, anda seharusnya membeli emas pada awal masa anda mendapat gaji, bukan di hujung bulan. Mengapa saya cakap begitu? Jika anda tidak cepat-cepat mengasingkan wang anda ke emas, anda akan mudah terjerumus membeli barang-barang yang tidak begitu penting kerana hati anda ingin membelinya kerana ada duit. Untuk membeli emas pada awal hari gaji, anda sudah sepatutnya membuat kira-kira2 perbelanjaan sepanjang bulan.. Bakinya terus tukar ke emas. Tinggalkan wang anda cukup untuk perbelanjaan wajib bulan tersebut (setelah tolak semua komitmen bank, insuran dan lain-lain)