Ada orang salah faham tentang penyimpanan emas. Emas ni ada dividen ke? Ada pertambahan gram ke dalam akaun jika simpan lama-lama?
Jawapannya ialah tidak. Emas bekerja tidak sama dengan semua sistem yang lain. Emas berdiri kukuh melalui beratnya. Kalau anda beli 1 gram anda akan tetap dapat 1 gram dan tidak akan mendapat apa-apa penambahan atau pengurangan emas dalam akaun anda.
Jika simpan dalam jangka masa panjang, emas akan menyimpan nilainya. Kalau inflasi merompak nilai wang Fiat yang kita guna, emas pula berupaya melawan inflasi.. Nilai duit makin rendah emas dilihat semakin "Mahal" walaupun hakikatnya NILAI emas itu sepatutnya kekal sepanjang zaman.
bermulalah menyimpan emas fizikal sekarang. Mulakan dengan 1 gram 1 bulan. Jika tidak mahu menyimpan Fizikal, Public Gold menyediakan akaun emas GAP yang disandarkan kepada emas fizikal yang Patuh Syariah. Nak keluarkan emas dari akaun GAP boleh pergi Branch Public Gold berhampiran anda.
No comments:
Post a Comment